KOTA TINGGI: Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan malam tadi, baru kembali daripada menunaikan umrah bersama suami dan ibu bapanya minggu lepas.
Bapa Allahyarham, Kamalul Arifin Ahmad, 66, yang masih terkejut dengan pemergian anak keempatnya itu, berkata arwah merancang untuk turut pergi menunaikan ibadah itu setelah mengetahui hasratnya dan isteri Saliah Hood, 56, yang mahu ke Tanah Suci.
"Rasanya empat hingga lima bulan juga dia dan ibunya merancang serta menguruskan perjalanan umrah kami. Baru kini kami dapat pergi memandangkan arwah pun baru tiga tahun bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang.
"Alhamdulillah impian dia nak pergi umrah tercapai. Ketika di Tanah Suci, arwah dan suaminya paling muda jadi merekalah yang banyak membantu kami semua. Dia pun ke Tanah Suci sebagai ikhtiar dan berdoa untuk dapatkan zuriat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lukut, dekat sini hari ini.
Menurutnya lagi Nurul Nazihah, 28, baru sahaja kembali bekerja dua hari lepas dan ada memaklumkan untuk balik ke rumahnya (Kamalul) minggu depan.
BACA: Dua rentung dalam kemalangan empat kenderaan
BACA: "Cukuplah Allah sebagai tempat bagi kami" - Coretan terakhir mangsa rentung dalam kemalangan undang sebak netizen
Kamalul berkata meskipun sedih dengan pemergiaan anaknya itu, dia reda apatah lagi apabila diberitahu jasad anaknya ditemui sempurna, seolah-olah sedang duduk antara dua sujud.
"Apabila dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa keadaan jasad arwah masih sempurna, saya rasa syukur dan yakin ini mungkin berkat amalannya ketika hidup yang sangat tegas dalam bab agama," katanya sambil menyifatkan anaknya itu seorang yang ceria dan penyayang.
Sementara itu, sepupu kepada suami mangsa, Nurizzah Atikah Jamaluddin, 28, berkata suami mangsa, Redzuan Jamil masih trauma dengan kejadian yang berlaku sehingga mengigau bertanya tentang isterinya malam tadi.
Katanya sepupunya itu ada bercerita bahawa ketika kejadian dia berusaha menyelamatkan Nurul Nazihah atau lebih mesra dipanggil Azi, yang tersepit tetapi gagal sehingga orang awam bertindak menyelamatkan Redzuan melalui pintu belakang kereta.
"Saya memang tak sangka sebab Azi seorang yang periang, kelakar dan suka ambil gambar atau video" katanya.
Terdahulu, tinjauan Bernama di rumah keluarga mangsa di Kampung Lukut mendapati ia dipenuhi dengan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran yang menunggu ketibaan jenazah Allahyarham dalam suasana hiba.
Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, dekat sini sebaik sahaja jenazah tiba dan disembahyangkan.
Terdahulu, dua individu dilaporkan rentung manakala empat terselamat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan berdekatan Sedenak pada 7.47 malam tadi.
Nurul Nazihah ditemukan tersepit dalam Proton Wira manakala seorang lagi adalah mangsa dalam Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti identitinya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2022
Allahyarham Nurul Nazihah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, dekat sini sebaik sahaja jenazah tiba dan disembahyangkan. - Gambar/ Gempak
Faisal Halim memasuki fasa rawatan baharu
Proses pemulihan lecur tahap empat dialami Faisal Halim, yang cedera disimbah asid kini memasuki fasa baharu iaitu rawatan rekonstruktif.
Kerajaan tumpu usaha selesai isu air tidak terhasil - Fadillah
Kerajaan sedang memberi tumpuan terhadap usaha menyelesaikan isu kadar air tidak terhasil (NRW) di seluruh negara yang menyebabkan kerugian lebih RM2 bilion setahun.
Bekas Perdana Menteri Fiji di penjara setahun
Bekas Perdana Menteri Fiji paling lama berkhidmat, Frank Bainimarama dijatuhi hukuman penjara setahun selepas didapati menggunakan pengaruh politiknya untuk menutup siasatan polis.
Bainimarama pada mulanya dibebaskan daripada penjara dalam kes itu semasa dijatuhkan hukuman bulan lepas, sebelum rayuan dibuat pengarah negara untuk pendakwaan awam.
Bainimarama pada mulanya dibebaskan daripada penjara dalam kes itu semasa dijatuhkan hukuman bulan lepas, sebelum rayuan dibuat pengarah negara untuk pendakwaan awam.
Pesawat Terhempas: RSAF gantung sementara latihan armada F-16
Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah menggantung sementara latihan armada F-16 sebagai langkah keselamatan selepas insiden terhempas pada Rabu dan melaporkan juruterbang terlibat dalam keadaan stabil.
Malaysia, Turkiye bincang perolehan LMS - Khaled Nordin
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan Malaysia dan Turkiye sedang mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan perolehan kapal misi pesisir (LMS).
Astro AWANI lancar JIWA, garis panduan AI, terkehadapan dalam inovasi kewartawan
Astro AWANI melakar sejarah sekali lagi apabila berjaya melancarkan JIWA: A Guideline for AI Utilization in Astro AWANI, yang menggariskan panduan penggunaan AI dalam pelaporan berita.
Jangan pandang mudah isu sensitiviti berkaitan agama - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah supaya semua pihak tidak memandang mudah isu berkaitan sensitiviti berkaitan agama demi menjaga keharmonian dalam kalangan masyarakat.
Wujudkan akta lindung pemain bola tanah air - Shahril Mokhtar
Susulan kes simbah asid terhadap pemain Kebangsaan, Faisal Halim, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berpendapat Akta melindungi pemain bola sepak wajar diwujudkan di masa akan datang.
[TERKINI] MFL umum pembatalan aksi Selangor FC menentang JDT
Malaysian Football League (MFL) mengumumkan perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat 10 Mei dibatalkan selepas Selangor FC membuat keputusan tidak hadir perlawanan itu.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Wanita rentung, suami melecur dalam kebakaran
Seorang wanita rentung manakala suaminya melecur selepas rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian di Kampung Gerowot di Kuala Penyu pada pagi awal Ahad.
Pemandu lori terlibat kemalangan dua rentung direman empat hari
Lelaki tempatan berusia 38 tahun itu direman bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
JPJ ingatkan pemandu lori jangan 'kejar trip', utama keselamatan
JPJ akan mengambil tindakan susulan terhadap mana-mana kenderaan komersial yang terbabit dalam kemalangan sekiranya didapati gagal mematuhi aspek teknikal ditetapkan.
Wanita rentung: "Awak keluar kereta dulu", kata-kata terakhir Nurul Nazihah pada suami
Suami mangsa Redzuan Jamil, 28, berkata dia berjaya dibawa keluar oleh orang awam, sebelum dia dan orang awam cuba pula untuk membawa keluar isterinya yang masih tersepit di dalam kereta.
Wanita rentung kemalangan sempat capai hasrat tunai umrah
Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan malam tadi, baru kembali daripada menunaikan umrah bersama suami dan ibu bapanya minggu lepas.
Mayat terbakar: Pemandu lori didakwa bunuh Che Janiah
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa atas tuduhan membunuh seorang wanita yang ditemui dengan kesan terbakar pada bulan lalu.